Sunday, 5 February 2012

ULAT GONGGOK

ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka – teki kepada cikgu bahasa melayunya.
Pelajar: Cikgu pandai tak?
cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu…
pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka-teki ni
Cikgu : ha, ape dia?
Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?
Cikgu : emmm Kalau mengikut kajian 100 kaki. betul?
Pelajar : salah
Cikgu : 99
pelajar : salah!
Cikgu : emm…da tu berapa kaki
Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu…
pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..
Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?
Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je…hehehe

DIAM KETIKA MAKAN

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : “Ayah, di…”
Ayah : “Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!”Setelah selesai makan…
Ayah : “Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?”
Anak : “Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!”

Saturday, 4 February 2012

PENGEMIS

Seorang lelaki.. badan gemuk.. muka ceria.. berpakaian koperat.. berjalan keluar dari sebuah pejabat besar... Di luar pejabatnya.. ada seorang pengemis.. agaknya sebaya dengan lelaki tadi.. badan kurus kering.. muka comot.. pakaian compang camping dan penuh debu... Si pengemis terlihat si lelaki kaya tadi dan berkata.. "Tuan kasihani lah saya.. sedekahkan wang 10 ringgit.." Si lelaki berhenti.. dilihatnya pengemis dan bertanya
Lelaki : "kalau saya bagi RM 10.. adakah kamu akan minum arak?"
Pengemis : "Oh tidak tuan.. saya tidak suka minuman keras"
Lelaki : "Habis tu.. adakah kamu mahu buat berjudi?"
Pengemis : "Tentu tidak tuan, saya tidak suka berjudi"
Lelaki : "Mungkin kamu akan bertukar2 perempuan?"
Pengemis : "Tidak, tidak. Seumur hidup saya.. tidak pernah saya main perempuan"
Lelaki kaya itu berfikir sementar lalu berkata lagi
Lelaki : "Begini ajalah.. kamu ikut saya balik.. saya kenalkan dengan isteri saya.. setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu.."
pengemis : "Buat apa tuan?"
Lelaki : "Saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorang lelaki
tidak suka minum arak.. tidak suka berjudi.. dan tidak suka main perempuan.. hasilnya adalah seperti kamu ini" Big Grin

DIET

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
Doktor berkata kepadanya...
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan
segelas air kosong..."
Lelaki menjawab...
"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau
sesudah makan, Doktor?"

SAUDARA

Pada suatu petang, seorang ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar2 menaiki kereta.Dlm perjalanan, si ibu membunyikan hon.

Anak :Naper ibu bunyikan hon & sape org tu?
Ibu :Tu sedara kite,kenalah hormat.

Dlm perjalanan seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak :Tu pun sedara kite ke???

3 BULAN LAGI

Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.

Pengurus : Untuk permulaan, kita bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?

Dol : Setuju, bos..

Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?

Dol : 3 bulan lagi, bos..

SIAPA LAGI KUAT

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat tak, Emin?”
Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi.”
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”